28 Julai :UPSI di kuarantine..6oram pelajar UPSi disahkan +ve H1N1..
29Julai :20 oram lg disyaki tlh dijangkiti,,
semua pelajar UPSI diarahkan pulang ke kg halaman masing2,,
ujian saringan diadakan b4 pljr dibenarkan pulang,,
30Julai :bas percuma disediakan utk memastikan semua kolej kediaman kosong,,
31 julai :aku blk ganu,,dgn penuh tanda tanya,,kadang2 rs cm xcaye virus ni da tersebar ke UPSI,,cpt betol khinzir ni tersebar,,ni la kuasa TUhan,,
betol kata A.k masazwan,,
"Khinzir punya selsema,,manusia yang merana,,"
#####ADA HIKMAH DI SEBALIK SESUATU KEJADIAN...
Thursday, July 30, 2009
H1N1...
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 11:38 PM 0 comments
Labels: newS
Monday, July 27, 2009
Ditikam mati di mahkamah kerana bertudung[utusan malaysia:27julai2009]
KEMATIAN Marwa Ali El-Sherbini menuntut pembelaan.
Ditikam mati di mahkamah kerana bertudung
Oleh HAFIZAHRIL HAMID
--------------------------------------------------------------------------------
ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.
Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.
Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.
Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.
Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.
Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.
Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.
Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.
Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.
Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.
Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.
Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.
Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.
Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.
Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.
Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.
Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.
Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".
Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.
Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.
Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 2:10 AM 0 comments
Labels: newS
Saturday, July 25, 2009
Friday, July 24, 2009
cr0cy m0Cy cayaM..
diz is my crocy mocy..
my crocy ni dh xde sblh..
hilanG di suatu tempat yg amat misteri,,
tgal sblh je n sy,,
very2 da cdey,,
i use diz crocy da sthun lbey,,
mane i pegi musti i pakai beliau,,
p kampus,mkn,minum,dating,(ade bf ke???),
p joging, senamrobik,,crocy mocy ni la i pakai,,
now,,beliau da xde,,
very da cdey,,
sob3~
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 1:48 AM 0 comments
Labels: ***pErJaLananId0pku
Thursday, July 23, 2009
saat hati dan jiwaku kosong,,
hayati bait-bait lagu ini..
Taubat Seorang Hamba
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com
(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...
##### mogE ketenangan hati dan kedamaian jiwa, menjadi milik ku abadan abada..amin
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 6:18 PM 0 comments
Labels: 'sEntap'An r0haNi^^
di kaLa malam hari,,tatkaLA b0wing menyEranG diri...
bowing r mlm neh,,sok nk kumpul esaimen ke2 (management accounting)
2 3 hari lepaS bru jE sUbmit esaimEn 1 (financial accounting)
xciap g neh translate jurnal,,
bnyk sgt istilah+f0rmula,,
fEnin I nk maHam,,adoiya,,xde idea g neh,,cmne neh,,da r xbape nk tErer in enGliSh,,
bahasa tamil+china+Filipina+sepanyol I tErer la,,(terer mohong n futar belit,,hik3)
td da el0k jumpa si Adam,,junior i dak tesl,,tp jap je ley tanya dia,,time out da,,da jam12,,
kanak2 mane ley mSk kolej lwt mLm,,(nanti xfaSal2 guard KHAR dgn penuh sogak lG bergay0 hulur borang kslhn kolej,,[skema kn??cm dak skola])….
p/s:xfaSal2 Adam gLemer,,
####continue wat estimen jap^^^
.....thEn bLk ler k0leJ,,hurmm..i de 1 question r,,
nape ek,,sal gurlz jln n soram laki je,,mSt oram ckp tu bf dia,,
n law soram laki jln n soram gulrz,,mSt oram ckp tuh gf dia,,
betol ke??
if betol,,
rmai r gitu bf i,,pelik betol fatwa neh,,langsonG xleh pakai,,
when I jln n mane2 boy,,mUSti oram nengok semacam jerk,,
maklum la,,I ni kn femeSS,,
musti la banyak mata memandang,,[nk gtau je men0nya]
kui3~
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 2:46 AM 0 comments
Labels: ***pErJaLananId0pku
Tuesday, July 21, 2009
sbB2 @ punCa2 why i strEsS...
*****h0pE i dpt g0Lak b0sa cmgineh lG,,,
*****kn ku buanG sGala keSah dukA ku ke bWh bukit bEndEra neh,,hik3~
*****c0baAn,,,
1)eSaimEn mELambaK,,xtau nk MuLA mane dolu..
2)tut0tiaL FA (FInanCiaL acCountinG) p0m banyAk,,xkESah p0m bnyk,,tp yG jd kESah sbb xfHm,,if fHM,,sy0k je i buAt..adoIyaa..
3)beLaja MA (management accounting) xfhm..lecturer ajar lajU giLos
cm naIk r0kEt apPolLo je Laju..
4)esaimEn tasAwwuR n fiQh iSLami,,sSh t0l nk dpt mArkah,,
5)KPT lak..kena jawaB e-foRum tiap 2 mgu..mLS men0 nk bukak myguru tu,,p0nat nk perah otak cipta ayat..EDen ni da r LEmlem bab2 karanG ayat Ni..
****actually,,kt atS ni sEmua bkN sbB kukuh yG mengGAmbarkan i tgAH stress..ade perkara lG streSS should i Pk..iaitu,,
6)gerai jualan utK peSta konvo UPSI..citer nya berMuLa...
### I NI TimbAlan PenoLong PenGuruS utk unit Gerai JUalan pESta konVo upsi,,cm sem LPs jg lerr,,
### tenSen dowh,,konvO 10-15ogeS,,pEngGErai xfuLL g,,cmnE nk fuLL,,pengGerai ramai j0in konvo at Unibersiti len..cmne dioram nk join konvo upsi,,maSa konv0 cLaSh n Unibersiti Len,,then,,tapak Lak mahAl nak MAmpuih,,mmG pat0t p0m pgerai xnk mSk..
### ni bru kES penggERai xnk mSk..xcitEr g saL penggERAi yg da mASuk,,tbe2 tarik diri,,
### ni lG parah,,mau kEJAnG otak i nK cari backUp lEn,,al0hai,,
### rabu neh=22juLAi,,de taklimat utk pengGerai,,
hopE majLiS berJAlan dgN lancaR..
###h0pe sekretariAT i yG berjUmLAh 17 oRam tuh,,xcri pSl cM bebErapa sekretariat sEm lpS,,(koram jgn nk curik tuLang,,i bElasaH u aLL nnt)
###hope gak,,xde pengGerai yG wat mSlh cm sem2 sbLm ni,,terutama,,penGgerai yG juaL sup tuh,,(tau pLak nk merayu2 kt I n lyn nk mSk berniagA sEm neh,,haha,,golak bosa eden n kwn2 lEn)
###lastly..m0gE pesta konv0 kaLi neh berjaLan ngaN Lancar..
amin...
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 1:11 AM 0 comments
Labels: ***pErJaLananId0pku
Saturday, July 18, 2009
hati ku rEsah geLiSah..
eSaimen+tutOriaL+kuiz...
banyak nyaaa....
sbr2,,
da nama student,,mmG la giNi..
uhuks~
Jika doa mu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangimu…
Jika lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu..,
Dan
Jika doa mu tidak dimakbulkan, Allah merancang yang terbaik untukmu...
Ada masa kita perlu menangis,,
Agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa,,
Ada masa kita perlu ketawa,,
Agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata,,
(leGa jap bacA kata2 neh,,huhu~)
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 1:24 PM 0 comments
Labels: 'sEntap'An r0haNi^^
Sunday, July 12, 2009
PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN
Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 4:08 PM 0 comments
Labels: 'sEntap'An r0haNi^^
Saturday, July 4, 2009
kEinSafanKu,,,
~Kadang2 dLm perjalanan merentasi menuju yang satu,,pelbagai dugaan yang menimpa,,meratah keimanan kita satu-persatu,,kadang2 terasa tak mampu,,kadang2 mahu beralah,,tapi ingatlah,,disana terselitnya kebahagiaan hakiki yang menanti..
~makin kita mendekatiNya,, makin kita diuji,,makin banyak doa,,makin banyak ujian menimpa,,Kerana segala yang dipinta tak datang dengan segera,,tapi ia akan diperolehi apabila kita Berjaya mengharungi ujian yang diberiNya,,kerana Allah tidak memberi apa yang kita mahu,,tetapi Allah memberi apa yang kita perlu..
~bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang,serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hati kamu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya..
~bersyukurlah pada oram yang sakitkan hati kita,kerana dialah yang menabahkan hati kita,bersyukurlah pada oram yang menipu kita,kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita,bersyukurlah pada oram yang tidak mengendahkan kita,kerana dialah yang memupuk hati kita supaya berdikari,bersyukurlah pada oram yang menyeksa kita,kerana dialah yang menguji kesabaran kita,jadi,anggaplah dugaan satu penghargaan,bukannya penyeksaan..
~antara cinta yang ingin ku miliki,cita insan dan cinta Ilahi,pasti yang utama cinta Ilahi kerana cintanya hakiki,,antara dua insan yang ingin ku miliki,kekasih hati dan sahabat sejati,,pasti yang utama sahabat sejati,kerana setianya sukar ditemui..
Posted by ezzaFarEezaShahRizaL at 10:09 AM 4 comments
Labels: 'sEntap'An r0haNi^^