CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

i .p0LLow.u,,,u.p0LL0w mE**

Showing posts with label Islam agamaku. Show all posts
Showing posts with label Islam agamaku. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu hina pejuang negara



KUALA LUMPUR 26 Ogos -- Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.-Utusan / Pisau.net


yes..very menyampah dgn manusia yg xkenang budi cmni..ptt buang negara..haish..xingt ke  cmne ssh pyh nenek moyang kita dulu bjuang ptahankan thn air kita..smpi sgup bermati2an..kn cik mun ckp stupid..kecik ht plak..tp mmg ptt pn kn..then..bt rusuhan..join bersih..p skong kaf** ambiga.malaun yg dlm usaha nk jth kn islam.pe punya manusia gitu..then.jth motor..claim..kos rm5000,p claim rm8000...what should  we say kt org cmni..kalau cik mun la..1 sen pn cikmun xbg..
haish..very la emo if ckp benda2 cmni..menci kt org yg cmni..xkenang jasa.xsedor diri..
ok..nothing to say..xtau nk komen cmne da..kecewa dgn manusia cmni..huh!


pape pn ...cik mun cintakan alif,ba,ta~©agama ku,bangsaku,tanah airku ©

Thursday, May 12, 2011

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa x puas hati...ada kaum adam kata"bnyk juga akal kaum adam..tp nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata"ish..jahat sagt ke aku ni sampai bnyk nafsu...tp akal aku sikit je.."

Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mreka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dikasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...

cuba kalian fikir??

1)knp kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak??knp??knp lelaki tidak??
=kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorg yg penyayang...dia sanggup membiarkan seorang makhluk tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selam 9 bulan 10 hri untuk biarkan seorg manusia tinggal didalm perut kita...itu disebabkan wanita mempunyai bnyk emosi...

cuba bg kaum lelaki yg mengandung???apa yg akan jd??
x pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg...apa riaksi mrk??
mereka x kan sabar untuk menghadapi beban yg bgtu berat...sebb mrk rasa itu seperti beban..susah untuk melakukan kerja...tp wanita tidak..dia sabar..malah dia kasih lg manusia yg ada dalam kandungannya...itulah keistimewaan wanita...

2)knp kaum adam dibg amanah untuk menguruskan talak???knp tidak wanita??
=krn lelaki mempunyai 9 fikiran...mrk boleh mgnuruskannya dgn berfikir...bkn dgn emosi..bygkanlah sekiranya kuasa talak di bwh kuasa isteri sudah tentu mrk akan mengurusnya dgn emosi..bkn dgn fikiran..

sekiranya talak di tgn kaum isteri..pasti banyak kaum adam tlh dudakan...(maaf sekiranya kasar)
itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9 fikiran...

maaf sekiranya ana tersalah kata ya...^_^

klik di sini

Thursday, April 21, 2011

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

♥●♥_◕_♥●♥

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria.
Pffhh…sungguh semua itu tlah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majelis-majelis dzikir yang akan mengantarkan pada ketentraman jiwa.

♥●♥_◕_♥●♥

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mau bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memeng menjadi jatah kita di dunia, entah itu Rizki, jabatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh.Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: Pokoknya harus dia Ya Allah… harus dia, karena aku sangat mencintainya. Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan pakasa.Dan akhirnya kalaupun Allah memberikanya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkanya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkanya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

♥●♥_◕_♥●♥

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

sumber : klik di sini

Biarlah orang mengata kita.........................

Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah,
jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita,
doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah
atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya balas kejahatan orang
dengan kebaikan
Wahai saudara-wahai saudari itulah panduan kita
Jadikan ia panduan di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang,
permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan jika ingin aman dan harmoni
Tuan atau puan begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran agama-agama lain
dan sebarang ideologi
Hanya ada pada Islam yang sejati
Begitulah sebahagian etika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama mengamalkan
bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat
Untungnya banyak di dunia akhira

sumber : klik di sini

Terima Kasih Ya Allah.... ( Muhasabah )

Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti akan menjadi lemah, alpa, khilaf.

"Kami sayangkan kamu"
"Allah paling sayang kamu.. tenang-tenang sudah"
"Mabruk jiddan!"

MasyaAllah! Terima kasih Allah! Terima kasih kawan! Move on move on!! Bangun, bangun! Kamu tidak akan pandai jika kamu mahu terus berada di zon selesa! Bangun dan berjalan, kejarlah masa! Bangun dan lihatlah, kamu ketinggalan! Bangun dan sedarlah, Allah sayang kamu.... Terus bangun, berdiri, bukalah langkah kamu, tidak perlu melihat keseluruhan jalan, hanya buka langkah, dan teruskan... Moga Allah permudahkan segala urusan ummat Nabi Muhammad, ummat akhir zaman yang terpilih.




Saudaraku... teman-temanku... alangkah lenanya kita selama ini. Sungguh alpa kita dewasa ini. Tidak boleh dinafikan, MANJA sungguh kita. Saya akui, saya juga sama. Ya Allah, syukur. Allah beri dugaan, untuk menguatkan semula hati kita, Allah beri dugaan, kerana SAYANG-NYA pada kita. Tegakkanlah semangat kita bersama-sama segumpal azam, kental dan teguh, sekukuh Kaabah waktu diserang Abrahah! Kuatkanlah azammu menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia mengetawakan keputusanmu! Move on!

Pandang kanan, kiri.. tiada sesiapa boleh membantumu? Pandang bawah, bumi seolah-olah berat menerimamu? Pandang ke atas! Ya Allah, langit terbentang luas kepada kita, luas lagi kasih-sayang-Nya, keampunan-Nya! Ya Allah, bebasnya burung itu terbang ke sana ke mari... cantiknya awan menghiasi dada langit, cantik sungguh ciptaan Allah, namun kitalah; manusia, semulia-mulia ciptaan, secantik-cantik ciptaan! Sahabat... jangan malu meminta pada Allah.. jangan segan memohon cinta Allah, jangan jelek menerima hadiah Allah; DUGAAN. Sayangnya Allah pada kita... itu cara Allah memberi kasih sayangNya... ya Allah, terima kasih Ya Rabb.


sumber : klik di sini

Sunday, April 17, 2011

Antara pegang Awek dan Pegang Anjing

adeh..kasar nya tajuk entry kali neh..but,,mmg ptt pn..bila kalian baca isi cite ni..baru kalian rs..xd r ksr sgt pn tajuk entry neh..ngeeee~jum layaannnnn~

1. Apa hukum kalau kita pegang orang perempuan bukan muhrim?
[padahal awek, tapi malu nak cakap]

2. Saya keluar dengan tunang saya, tapi kami pegang tangan je. Tak buat pon yang teruk-teruk.

Di bawah aku sediakan jawapan dari soalan diatas berdasarkan ilmu aku yang cetek ini.

1. Hukumnya haram. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya".

Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (ertinya perempuan yang telah dinikahinya = isteri Nabi).

2. Hukumnya haram. Bermula dari perkara yang kecil yang kemudiannya boleh menyebabkan terjebak kepada perkara yang lebih teruk seperti zina. Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."  
Surah Isra' ayat 32

Apa jawapan sahabat-sahabat sekalian jika diajukan soalan yang sedemikian? Dibawah ini pula aku sediakan entri yang menarik yang di baca dari blog nuaeman. Jom sama-sama hayati.

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.

Kalau tak faham , saya beri contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBU: Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku.. ) kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..

Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.

sumber : klik disini

U Untuk Awak, S untuk Saya

Assalamualaikum. Dah lama rasa tak post tentang cinta. Kali ni ana nak post tentang cinta. Iaitu Magnet Cinta. Pikir magnet biasa je ke ada kutub utara, dengan kutub selatan? cinta pun ada juga magnet. Tapi ia berbeza dengan magnet kutub tu, apa? u dan s? u untuk awak, s untuk saya.

Islam adalah agama fitrah, agama semulajadi yang ada sejak azali lagi. Iaitu agama Allah. Bukan agama khayalan, mahupun mainan dan ia tidak juga melawan arus fitrah insaniah dan juga rohaniah. Islam juga tidak menafikan ummat dia ada yang ada rasa kasih dan sayang, cinta dan saling sayang menyanyingi antara satu sama lain. Memang lumrah dalam kehidupan, yang ibu sayang anak, anak sayang ibu. Macam-macam lagilah. Bila sebut pasal cinta. Ramai dah yang tau, tentang cinta ni. Dan sekarang ni pun dah famous cinta sampai ke syurga.

Namun hakikat sesuatu yang tidak dapat di ubah dan di gubah atau di gubal oleh sesiapa pun adalah cinta Allah dan Rasul. Macam mana nak cinta Allah dan Rasul? Ha, yang ni kena baca dulu sampai habis. Jangan baca sekerat jalan je

Bagaimana kalau seseorang itu cinta dia lebih kepada manusia? Kepada Allah dan Rasul itu kurang? Itu tandanya kita ni kurang sikit imannya. Tak pe, boleh tambah. Sebab iman seseorang itu boleh bertambah dan juga berkurang, tak kira macam mana sekalipun melainkan hati dia tetap pada Allah.

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman:
Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

Saban waktu, sang kekasih ingin mengenali kekasihnya. Ingin mengenali dengan lebih rapat dan rapat lagi. Tapi, kita sebagai hamba lupa untuk mengenali dengan lebih rapat Sang Pencipta. Memang lumrah manusia, lalai dan leka. Jangan jadikan ia satu asbab untuk kita terus hanyut dengan kecintaan dunia. Dunia ni sementara sahaja. Akhirat jualah yang kekal selamanya. Adakah kekasih kita akan menjamin kita ke syurga? Kalau dah ada jaminan. Go On orang putih cakap.

Bila kita menyebut nama Allah, terasa tawar, terasa hambar. Tiada manisnya. Tapi, bila kita sebut nama kekasih atau buah hati kita, rindu yang mencunak-cunak ke langit. Sedar tak kita, apabila kita mencintai Allah, cinta kita takkan di khianati? Allah itu bersifat Al-Waddud. Yang membawa makna maha Pencinta. Kenapa kita lupa wahai sahabat? Allah itu Maha Sempurna, tiada kekurangan dan cacat celanya. Kenapa kita lupa wahai sahabat?

Apabila kita mencintai Allah, tiada cacat celanya. Dialah Allah kemuncak segala kebaikan, segala kemuncak kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada Allah pasti akan di balas dengan pelbagai curahan rasa, rasa yang amat seni dan halus. Curahan limpahan nikmat yang tak terperi lagi. Kita sedar tak sahabat?

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.
Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.
Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).
Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.

Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.

Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya. 

Tanda cinta kepada Allah

Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

  Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya."
Allah SWT berfirman:
Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)
Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.
Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.
Maka Allah tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah berfirman:
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa’: 45)
Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai Allah kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

Orang yang mencintai Allah tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah.

Orang yang mencintai Allah juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: “Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

sumber : klik di sini

La Tahzan

Adakah selama ni sahabat rasa diri tak pernah di hargai? Adakah selama ni sahabat rasakan diri sahabat di pinggirkan?Biasalah dunia, memang macam ni. Ingatlah di dalam kubur nanti kita sentiasa berseorangan. Ingatlah di padang Mahsyar nanti tiada siapa yang dapat membantu diri kita nanti. Biarkan. Keseorangan, sepi. Memang sepi.

Ingatlah...

Setiap kali kita hendak tidur, mesti ada seseorang yang akan teringat akan kita. Tak siapa tahu ana, kamu semua sebagai pembaca mungkin orang yang mengingati kita itu sayang pada kita?  Mungkin orang tu kita tak kenal, tapi dia kenal kita. Tak siapa tahu.

Kalau anda rasa keseorangan.

Ingatlah..

Bahawa akan datang satu masa nanti seseorang yang sanggup berjuang bersama kita, sanggup berkorban apa sahaja untuk kita. Tapi hakikat tiada siapa yang ada bersama kita.

Ingatlah..

Jika kamu tinggi ilmu di dada, ada asas agama yang kukuh, orang di sekililing akan menyanjung kamu ke tempat yang tinggi. Walau di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa di angkat tinggi dan di hormati bukan kerana paras rupanya, tetapi kerana peribadinya yang indah dan sempurna. Makin tinggi ilmu agama kita, makin tinggi orang menghormati kita.

Ingatlah...

Hidup ini amat bermakna seandainya ada kasih sayang, kasih sayang itu ada di dalam diri kita sendiri. Anda tahu anda ada kasih sayang, tapi anda perlu terokainya lebih dalam lagi.

Ingatlah..

Sewaktu anda sedang sakit, pasti akan ada orang yang mendoakan kamu supaya kamu cepat sembuh walaupun doa itu di sampaikan dari jarak yang jauh. Pasti ada orang yang akan memberi hadiah dan buah tangan kepada kamu.

Ingatlah..

Sewaktu anda sedang bersedih, pasti ada orang yang akan menggembirakan kamu, yang belajar untuk menggembirakan hati kamu.

Ingatlah..

3 perkara yang di benci oleh Allah:

1: Apabila dia berilmu, dia sombong dengan ilmunya
2: Apabila ada ulama', dia tidak memperdulikannya.
3: Apabila ada kawan baik, di pilih kawan yang buruk akhlaknya, di tinggalkan kawan yang baik akhlaknya.

Ingatlah..

Ada 3 tanda cahaya keimanan seseorang:

1: Tidak takut akan celaan orang lain ketika berdakwah dan melakukan kebaikan.
2: Tidak lalai dalam melakukan amalan ibadah dalam waktu senang ataupun susah.
3: Antara dunia dan akhirat, di seimbangkan kedua-duanya.

Ingatlah..

Antara orang yang di cintai Allah, dan tidak di cintai Allah ada bezanya. Orang yang di cintai Allah akan di berikan dunia dan kesempurnaan iman untuk hambanya yang dia cintai agar tidak lalai. Tapi, Dia akan memberi dunia sahaja kepada mereka yang tidak di cintai Allah.

Percayalah,

Anda tidak pernah dipinggirkan.....cuba lihat bintang di langit waktu malam.....Anda pasti merasainya.....Cuba lihat matahari terbenam di waktu senja....Anda pasti merasainya...kadang-kadang kita perlu bersendirian..untuk mencari ketenangan dan memuhasabahkan diri bagi meneruskan perjuangan kita sebagai hambaNya...

sumber : klik di sini