CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

i .p0LLow.u,,,u.p0LL0w mE**

Sunday, April 17, 2011

Antara pegang Awek dan Pegang Anjing

adeh..kasar nya tajuk entry kali neh..but,,mmg ptt pn..bila kalian baca isi cite ni..baru kalian rs..xd r ksr sgt pn tajuk entry neh..ngeeee~jum layaannnnn~

1. Apa hukum kalau kita pegang orang perempuan bukan muhrim?
[padahal awek, tapi malu nak cakap]

2. Saya keluar dengan tunang saya, tapi kami pegang tangan je. Tak buat pon yang teruk-teruk.

Di bawah aku sediakan jawapan dari soalan diatas berdasarkan ilmu aku yang cetek ini.

1. Hukumnya haram. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.
Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya".

Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (ertinya perempuan yang telah dinikahinya = isteri Nabi).

2. Hukumnya haram. Bermula dari perkara yang kecil yang kemudiannya boleh menyebabkan terjebak kepada perkara yang lebih teruk seperti zina. Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."  
Surah Isra' ayat 32

Apa jawapan sahabat-sahabat sekalian jika diajukan soalan yang sedemikian? Dibawah ini pula aku sediakan entri yang menarik yang di baca dari blog nuaeman. Jom sama-sama hayati.

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing
Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.

Kalau tak faham , saya beri contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBU: Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku.. ) kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..

Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.

sumber : klik disini

1 comments:

Anonymous said...

emy:thanks..bes entry awk..ckop bmakna..nnt post la lg entry cmni..huhu